18 November 2009

JAMUAN TAHUN 6 2009



Sebelum meninggalkan SK Tiak, pelajar tahun 6 telah mengadakan jamuan perpisahan dan penyampaian hadiah sempena program selepas UPSR tahun 6. Biar pun mereka akan meninggalkan sekolah ini, namun foto-foto di bawah ini akan menjadi bingkisan kenangan kepada semua warga SK Tiak. Semoga kalian semua beroleh kejayaan di masa akan datang.. Salam perpisahan...

16 November 2009

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2009



16 November 2009, Sekolah kebangsaan Tiak telah menganjurkan Hari Anugerah Cemerlang 2009. Majlis ini diadakan di dewan terbuka, Sekolah Kebangsaan Tiak yang bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari. Majlis gilang gemilang ini telah dihadiri oleh hampir 200 peserta termasuk murid dan para waris, dan telah dirasmikan oleh En. Baharudin bin Muhd Yusuf, Penolong Pengurus Cawangan Bank Kerjasama Rakyat Baling, yang mewakili pengurus beliau.

Hari Anugerah Cemerlang 2009 ini dimulakan dengan aluan pengacara majlis, En. Mohd Zuki bin Salleh, diikuti dengan bacaan doa oleh Ust. Mohd Mahyuddin bin Isa (guru j-QAF, SK Tiak), ucapan Tn. Hj. Md. Khiri bin Junus (guru besar SK Tiak), ucapan perasmian oleh En. Baharudin bin Muhd Yusuf (Penolong Pengurus Cawangan Bank Kerjasama Rakyat Baling)seterusnya penyampaian hadiah dan sijil penghargaan kepada para penerima anugerah yang diselang-seli dengan beberapa persembahan murid.

Pada tahun 2009, seramai 101 orang murid telah menerima hadiah dan penghargaan mengikut kelas dan pelbagai kategori anugerah, antaranya matapelajaran terbaik, kerajinan dan anugerah khas seperti anugerah NILAM, PEMULIHAN, j-QAF, Kurikulum, Kokurikulum dan Tokoh Murid 2009. Murid yang terpilih untuk menerima Anugerah Kurikulum Terbaik ialah Nurul Syahirah bt Mohd Shuhaimi, manakala bagi Anugerah Kokurikulum Terbaik pula ialah Mohd Shafizuddin bin Saari. Sementara tokoh murid 2009, telah disandang oleh Nurul Syahirah bt Mohd Shuhaimi.

Majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna tanpa sebarang masalah besar, dan disudahi dengan beberapa persembahan oleh beberapa kumpulan murid, alhamdulillah.. Semua murid dan waris yang hadir bersurai pada jam 12.30 tengahari..

13 November 2009

www.sktiak.blogspot.com begins...



Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Segala puji bagi Allah S.W.T kerana telah mengurniakan kesempatan kepada saya untuk membuat blog untuk SK Tiak, tempat di mana saya mencurahkan bakti saya. Pada asalnya, saya bercadang untuk mewujudkan laman web sekolah, dan gerak kerja untuk laman web tersebut sudah pun berjalan 90%. Namun, saya terpaksa berhenti seketika kerana banyak benda yang saya perlu kendalikan. walaubagaimanapun, sementara menunggu laman web tersebut siap, saya menyiapkan dahulu blog sekolah, yang mana ia lebih mudah untuk dikendalikan berbanding laman web. Saya pun tidaklah mahir sangat dalam dunia ICT ini, dan masih belajar. Tetapi sejauhmana yang saya mampu buat, saya cuba buat. jadi, sekiranya ada sebarang kekurangan dalam blog ini, saya memohon maaf dan sama-samalah kita berkongsi pendapat dan ilmu supaya semua dapat mengambil manfaat daripadanya. InsyaAllah...

 

blogger templates 3 columns | Make Money Online